Friday, September 17, 2010

pembukaan pustaka semesta


Apa khabar...
Kami mahu mengumumkan bahawa infoshop ini sudah sepatutnya dibuka tanggal 1/9/2010 lepas. Namun kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan pembukaannya masih tidak begitu 'rasmi' juga seperti agak sedikit tertangguh. Ketiadaan punca elektrik kerana kotak suis yang masih belum diganti di tingkat atas Gudang Noisy, cuti hari raya yang masih melanda berapa minggu serta tidak begitu sedikit sarana yang masih diperlukan menyebabkan pembukaannya menjadi begitu perlahan.

Kami perlukan sedikit masa lagi memastikan semuanya berjalan lancar, dan infoshop ini dapat dibuka sepenuhnya. Diharap dapat bersabar.

Sementara itu di sini kami dengan rendah diri menghidangkan beberapa gambar infoshop kami semasa dalam proses pembuatan.

No comments:

Post a Comment