Sunday, December 19, 2010

Off Centre: video persembahan malam pembukaan lalu

Antara yang teristimewa pada malam istimewa upacara pembukaan tempoh hari berupa pertunjukan gabungan beberapa rakan yang dipercayai mengubah lagu, merancang persembahan pada malam itu juga. Hampir-hampir seperti spontan dan urgent! Sempat dirakam videonya dan baru dapat dimuat naik di sini. Mengelar tajuk persembahan "Off Centre: reimagination of Sharon Chin & Moe Satt's 'The River' + aural+oral+visual intervention", serentak sama performance art oleh pudin dan jolene secara interaktif sesama yang hadir. Video kedua adalah sedikit edit terbaru. Saksikan!

Saturday, December 18, 2010

Apa sahaja yang terbaru di sini



Masa semakin pantas berlalu. Namun masih banyak yang kurang. Rak-rak buku dan rak pelbagai, buku pustakaan mini kami dan jualan juga zine. Sedikit perlahan mengambil masa memesan terutama buku. Walaupun begitu beberapa yang terbaru sudah mula mengisi ruang sedikit demi sedikit. Ribuan terima kasih pada yang bermurah hati menyumbang barang-barang, juga buku dan zine serta tenaga membantu. Juga terima kasih bagi mereka yang sudi memberikan consignment (^_^);