Saturday, December 18, 2010

Apa sahaja yang terbaru di sini



Masa semakin pantas berlalu. Namun masih banyak yang kurang. Rak-rak buku dan rak pelbagai, buku pustakaan mini kami dan jualan juga zine. Sedikit perlahan mengambil masa memesan terutama buku. Walaupun begitu beberapa yang terbaru sudah mula mengisi ruang sedikit demi sedikit. Ribuan terima kasih pada yang bermurah hati menyumbang barang-barang, juga buku dan zine serta tenaga membantu. Juga terima kasih bagi mereka yang sudi memberikan consignment (^_^);



Buku
Kitab Bin Filem: Sinema
Edisi Rahsia.
190 halaman.
RM20.00
Memuat cetusan rasa dan pandang seperti kritis tentang dunia perfileman Malaysia. Digarap dengan menarik dan tona bersahaja berselang-seli jargon filem. Tidak salah mengatakan buku ini cuba mengangkat, atau mengkaji selidik pelbagai filem tempatan dalam komentar ulasan sudut ilmiah. Kitab Bin Filem dibuat secara diy (jelas kulit buku dibuat sendiri produksi juga sendiri) membuatkannya usaha penghasilan mandiri yang mengagumkan. Lihat-lihat penulisan lain mereka di blog- bin filem


Zines
Shock & Awe issue #2
60 halaman 
RM5.00
Keluaran kedua ini menyusul lekas-lekas selepas isu yang sulung. Zine bersekitar perkara diy punk antara percubaan memeriah kembali penulisan zine tempatan dalam nafas yang baru. Isu kali ini memapar beberapa artikel juga dari beberapa kolumnis baru seperti Ci Chaan, Shaiful dan El Pheng. Ada berita terkini dan laporan perkembangan scene diy. Temuramah bersama Steve Towson, band folk punk solo dari Australia. Serta ulasan pelbagai zine, kugiran dan filem. Eksplorasikan media jaring sesawang mereka di shock & awe media


Tebabo isu #1 dan isu #2
RM5.00 setiap satu
Kedua isu ini merupakan zine keluaran Shieko Reto yang di dalamnya mengandungi koleksi pelbagai lakaran beliau. Isu pertama kebanyakkannya dilukis di restoran selepas makan bersama teman-temannya. Zine lukisan yang berupa conteng bersahaja tetapi menarik. Jika kalian pernah makan bersama Shieko, sila dapatkan zine ini, mana tahu kalau-kalau bernasib baik menjadi subjek lakaran beliau. Isu selanjutnya selain hal suka-suka sembarang lebih nampak ada tertumpu kepada perkara politik gabungan style sinis bercampur cute beliau terhadap sistem politik, pihak autoriti negara dan isu agama. Lebih berbentuk kompilasi halaman poster dan sedikit ada komik di halaman belakang.


One Big Longkang isu #1, #2 dan #3
RM5.00 setiap satu
Kali ini Shieko bergabung bersama Julya mengeluarkan tiga isu untuk zine ini. Perkara pokok ratanya merupa perkara kehidupan, definasi dan cetus rasa berkenaan/daripada pondan (transgender). Usaha zine mereklaim kembali perkataan pondan daripada stereotaip masyarakat Sedikit artikel dan selebihnya lakaran-lakaran berupa poster dan komik. Blog shieko di sini.



Mosh #13
RM4.00
Zine terbitan dari Nizang ini merupakan zine ulangtahun yang ke 10 sejak pertama kalinya keluar pada tahun 1999. Mosh (yang sudah dikenali ramai dalam scene hardcore/punk Malaysia) kali ini menampilkan temubual dengan Bad Omen(Phillipines), AK47 (from USA if not mistaken), LORSA, Broken Needle (USA), Sally Fairie dan Never Found. Turut terselit ialah sedikit laporan mengenai Struck A Nerve Tour (Nervhous Records Tour). Juga bonus ialah poster ulang tahun Mosh dan seperti tipikal zine-zine punk yang lain ia mengandungi ulasan zine dan muzik. Blog penulis di sketch your brain

Homesick: A Malaysian Zine Omnibus Vol. 1
RM4.00
Homesick merupakan zine kolobrasi penulis-penulis zine tempatan. Antara yang terlibat ialah editor-editor dari zine DRSA, Adaptation, Abstained Agogo, Ancaman Kecil, Bebal, Mosh Hitam Putih, Masked Reader, Ranjau di Jalanan dan ramai lagi.


Kraftangan
Jahitan Sendiri dompet dan beg pensil
Dompet pelbagai saiz RM5.00, RM10.00 dan RM12.00 setiap satu
Beg pensil RM15.00
Projek diy jahitan kitar semula fabrik jeans warna asas biru dengan zip pelbagai warna. Juga ada beg pensil berzip berkocek tepi. Masih dalam proses pembikinan adalah beg dan tas tangan jeans pelbagai warna bertali pegang simpul. Nantikan hasilnya kelak!
                                                                

Karya Seni
Foto gambar karya Pong
Donasi
Karya lukisan oleh Pong seorang punk rocker dari Filipin ditukar dalam bentuk foto gambar. Pong menghidap penyakit reumatisme, atritis dan beberapa penyakit sampingan lain kesan dari kekurangan potasium. Oleh kerana tidak dapat bergerak, beliau menghabiskan hampir sepenuh masanya menghasil lakaran dan lukisan. Hasil karyanya dibawa oleh seorang rakan ke Bangkok untuk pameran pungutan derma di sana lalu ditukar menjadi bentuk foto gambar. Dedikasi rakan untuk Pong di sesawang ini.




Juga kami ada sedikit senarai beberapa zine, buku, baju, patch, sticker, button terbaru.



4 comments:

  1. boleh buat list tak barangan untuk dijual. senang nak tengok dan order.

    ReplyDelete
  2. ni saja feature sikit. list detail ada kat fb punya page. kitorang belum buat mail order lah. kau punya zine2 boleh lah kasi letak sini ok. :)

    ReplyDelete