Friday, September 17, 2010

acara mengumpul dana infoshop di dublin

Baru-baru ini seorang rakan dari Dublin, Ireland telah berkunjung kembali ke Malaysia setelah 4 tahun. Dalam kunjungan kali ini kebetulan pula selisih usaha kami memula infoshop, lalu tercetus idea membantu mengumpul dana bagi Pustaka Semesta di rumah komuniti yang diusahakan beliau dan rakan-rakan lain di Dublin. Sejak kepulangan beliau tempoh hari telah diputuskan acara benefit buat kami yang bakal dianjurkan pada tanggal 24hb September bertempat di rumah komuniti Seomra Spraoi di Dublin. Isi acara berupa parti DJ, penayangan filem serta perkongsian masakan dari Malaysia.

Maklumat lanjut serta laporan tentang acara ini akan dikhabarkan kelak



Flyer acara di sini.
Tentang Seomra Spraoi di sini.


 
 

No comments:

Post a Comment